Salam Azizi, baru jer dapat call adik, dia di Cairo skrg. Keadaan terkawal katanya. Alhamdulillah. Cuma nak tunggu diorang ni nak dibawa balik ke Malaysia atau pun ke negara jiran, x pasti lagi. -Nurul Alyaa-
Mansoura's now in code orange!! sikit lagi nak red. so embassy is collecting mansoura names and they're getting ready to evacuate to jeddah insyaAllah. btw, kite semua kene inform embassy kte dah pulang. embassy nk tahu our location.
0020237610013 -Ct Nughulnadeeya Rahaman-
1.mereka diarahkan bersiap sedia packing barang2 keperluan yang penting untuk proses evacuation
2.insyaAllah mereka akan keluar dari Mesir mulai esok atau lusa
3.mereka akan menaiki kapal(ship) memandangkan Alexenderia berdekatan dgn laut(alhamdulillah)
4.untuk setakat ini mereka akan di evacuate ke TIGA negara:-
-Libya(ZAHIRAN & KAWAN2 NYA CONFIRM)
-Jordan
-Saudi Arabia
ALHAMDULILLAH.... -Farahiyah Ismail-
saya berjaya menghubungi saudari ZAHIRAH ESAHAK(3rd year medic student ALEXENDERIA UNIVERSITY) sebentar tadi.Antara maklumat sekarang:-
1.mereka hanya dapat keluar dari rumah antara jam 08:00am-02:00pm
2. pelajar diarahkan mematuhi perintah berkurung 04:00pm-08:00am
3.untuk pelajar akhwat(perempuan) mereka di bahagikan kepada 3 checkpoint mengikut tempat rumah masing2)
-checkpoint pertama-Gama'ah
-checkpoint kedua-Asrama mara
-checkpoint ketiga-Rakoda
3.mereka berkumpul ramai2 dlm satu rumah.(40 org satu rumah*tujuan keselamatan)
4.pada waktu malam 'lighting off' dan mereka diarahkan supaya berdiam dalam rumah
5.ramai pelajar kesuntukan kewangan memandangkan bank ditutup
6.kredit telefon dijual 2kali ganda lebih mahal -Farahiyah Ismail-
baru lpas call adik, hafiza hasan ganny, dier kata dier dh dpt boarding pass, so tggl nak nek kapal terbang alhamdulillah..jadi sekumpulan pelajar dari alex dh nk terbang ke bahrain dahulu, n then ke mesia [mmg dh plan nk blk mesia lama]..itu je laporan dr abg beliau
bagaimana dengan pelajar agama kat sana??risau gak nie, harap2 kerajaan akan bantu. - Yaacob Hassan Ghani-
bru lps call adik kat alex.. adik dh dpt ticket.. n dia nak kuar duit..but then dilaporkan :
1) dilaporkan semua public transport down
2) Mesen ATM kat alex still xleh gune.. xleh kuarkan duit
3) pg td die ckp best dgr tembak menembak dgn bnyk kat alex
4) then die g bangunan mara siang td utk urusan passport.. difahamkan kebanyakan(hampir semua) pelajar mara dh xde.. dh otw ke airport cairo utk dibawa pulang or bawa keluar egypt.. tunggal bdk2 persendirian sahaja yg xtau nak wat ape.. mslh skarg pelajar persendirian nie... minta bg tau kwn2 ank2 yg taja sendiri utk bnyk contact ngan pegawai mara kat sne... desak join skali dlm misi keluar dri mesir.. -Akmal Aziz-
Abg, info terbaru. Ayah sy baru call kakak. Menurut dye, students yang stay dkat bakan penang, yang sumenye student Agama (except kakak sy, student medic) dorg letak tepi. (dorg refers to kerajaan) dorg ckp student agama tu dorg serahkan 100% kpd pegawai bakan. Geram nii.
. -Aina Shobri-
student yang stranded kt airport dr semalam insya Allah akan fly jam 1am. kite doa byk2. airport dh kurang huru-hara sebab UK dan Jepun dah bawa pulang rakyat mereka dan ada wakil malaysia yang dtg ke airport untuk agihkan makanan malaysian. - Siti Nurul Nadeeya-
p/s: saya copy paste semua data yang saya terima, sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment