Thursday, May 10, 2012

Pesawat Bawa 50 Orang Hilang Di Indonesia












JAKARTA – Sebuah pesawat penumpang baharu buatan Rusia yang 
membawa 50 orang hilang semasa melakukan penerbangan demonstrasi
 di sebuah kawasan pergunungan di Indonesia.
Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ervan memberitahu, 
pasukan mencari dan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian 
di barat Indonesia.
Cuaca buruk bagaimanapun, menyebabkan sekurang-kurangnya dua 
buah helikopter terpaksa berpatah balik.
Pesawat berkenaan, Sukhoi Superjet-100 berlepas dari Lapangan
 Terbang Halim Perdanakusuma di ibu kota Indonesia di sini pada 
pukul 2.21 petang waktu Indonesia.
Pesawat itu tidak dapat dikesan oleh radar 12 minit kemudian,
 selepas seorang kru meminta kebenaran daripada pusat kawalan
 trafik udara untuk terbang pada ketinggian 3,000 meter ketika menghampiri 
Banjaran Gunung Salak.“Saya melihat sebuah pesawat besar terbang 
melintasi rumah saya,” 
kata Juanda, seorang penduduk kampung yang tinggal dekat gunung 
setinggi 2,200 meter itu kepada stesen televisyen tempatan, TVOne.
“Pesawat itu senget dan enjin pesawat pula seperti mengaum,” tambah
 wanita berkenaan.
Ketika kejadian, pesawat itu membawa beberapa orang diplomat dari
 Kedutaan Rusia, sejumlah pegawai syarikat penerbangan Indonesia dan 
wartawan dalam penerbangan demonstrasi selama 50 minit. – Agensi

No comments:

Post a Comment