Tuesday, May 29, 2012

APA ITU 'REGIM CHANGE' ??? INI JAWAPAN TUN MAHATHIR !!!


1. Amerika Syarikat bersama dengan negara-negara Eropah lain
 dan juga Israel berhajat untuk melakukan “regime change”,iaitu 
menukar kerajaan-kerajaan negara-negara di dunia yang tidak 
menyokong mereka.

2. Mereka akan melakukan “regime change” ini melalui pelbagai 
cara. Di Iraq mereka melaksanakan “sanction” sekatan dagangan pada 
mulanya dan kemudian berperang dengan Saddam Hussein untuk 
menukar kerajaan Iraq. Dan mereka berjaya.

3. Mereka juga cuba menukar kerajaan Iran dengan menghasut dan 
membantu Iraq untuk berperang dengan Iran. Usaha ini gagal.
Hari ini mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara 
di dunia daripada membeli minyak Iran.

4. Perancangan dibuat untuk menukar kerajaan Syria menggunakan 
berbagai-bagai sekatan kewangan dan dagangan, serta membantu 
pemberontakan melawan Kerajaan Syria. Usaha ini sedang diteruskan.

5. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan
 kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, 
bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan 
kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.

6. Di Chile dahulu, Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui 
proses demokrasi, dibunuh oleh agen-agen Amerika supaya 
Jeneral Pinochet yang disokong oleh Amerika dapat menjadi Presiden.
 Amerika lebih suka seorang diktator yang ganas daripada pemimpin yang 
demokratik jika ianya tidak sokong Amerika.

7. Dimana-mana sahaja Amerika dan Eropah memberi bantuan 
mengguna media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu
 supaya rakyat digerak untuk mengguling kerajaan yang tidak berbaik 
dengan Amerika dan Eropah.

8. Di Indonesia sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan 
Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk 
menjatuhkan Presiden Suharto.

9. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, 
tidak berhenti-henti mencuba menjayakan “regime change”
 supaya dapat mereka kuasai semua negara di dunia.

10. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk “regime change”?
 Memang pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change”
 kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik
 beberapa dasar Amerika Syarikat.

11. Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah 
Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang r
apat dengan Anwar.

12. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh
 menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
 Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal
 yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi 
manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah
 kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di 
Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan
 oleh Amerika. Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat 
layak untuk melaksanakan “regime change” di Malaysia.

13. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai
 dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz,
 Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta
 dasar penaklukan dunia oleh 
Amerika (Project for the new American Century).

14. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat,
 mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita 
Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu jika Anwar 
tidak dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan
 “regime change” Amerika.

15. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala
 tindakan untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan
 menarik sokongan Amerika dan media mereka. Orang Palestine
 tidak boleh menolong Anwar.

16. Melihat sokongan Amerika kepadanya Anwar Ibrahim adalah calon 
Amerika untuk melakukan “regime change” di Malaysia dengan menjadi
 Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan yang ada sekarang tidak
 disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan
 Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Amerika terhadap
 Iran dan beberapa negara lain.

17. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila “regime change”
 berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri 
maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan 
Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestine. Dengan
 ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan
 sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.

Sumber Chedet.cc

2 comments:

  1. hehe...
    klo la amerika ade mase zaman sahabat, abassiyah umaayyah, uthmaniyah...mesti che det cakap tu pon regime change jugak...

    wake up la bro..smpai bile nak idop dalam kejumudan fikiran che det..xleh nak wat pembaharuan langsung...cane melayu nak maju...pastu kate melayu malas...adoi..

    -anon-

    ReplyDelete
  2. SO you prefer anwar yg terang2 sokong yahudi berbanding mahathir yg terang2 membela palestin... Aku rasa kau kena mengaji balik la bab2 agama ni dari kitab yg betul... Takat dok kutip ilmu dari cd ceramah from that so called 'tok guru' tu x jadi...

    ReplyDelete