Tuesday, May 29, 2012

Hukum Memakai “Braces”


Soalan :
Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti 
mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Jawapan:
Nabi bersabda :
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita

yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya

dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan

jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan,

menukar apa yang Allah telah ciptakan”  (Shahih Muslim #3966)
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith 
diatas menjelaskan :-
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan
 keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan 
ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila 
dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat
 masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah 
melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan 
kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan
 yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan
 sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, 
Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah 
dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is 
done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, 
iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.

No comments:

Post a Comment