Saturday, April 16, 2011

Hentian Puduraya beroperasi hari ini!!!

Gambar Terbaru Hentian Puduraya...

Gambar Lama Hentian Puduraya..



KUALA LUMPUR: Hentian bas Puduraya yang kini berwajah baru selepas kerja menaik taraf kemudahannya dimulakan Mac tahun lalu, memulakan operasinya hari ini.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan UDA Holdings Berhad, Datuk Jaafar Abu Hassan, berkata ada beberapa masalah kecil yang membabitkan bahagian teknikal seperti lampu dan pendingin hawa yang masih belum siap.

Hentian Puduraya yang dibuka pada 1976, ditutup sementara sejak Mac tahun lalu selepas kerajaan mendapati terminal di hentian itu perlu dinaik taraf dan diubah suai bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di samping menjamin keselesaan orang ramai.

Ia sepatutnya dibuka pada Disember tahun itu tetapi ditangguhkan kepada 1 Mac tahun ini. Bagaimanapun tarikh pembukaan ditangguhkan lagi sehingga dibuka sepenuhnya hari ini.
Jaafar berkata, menerusi pembahbaikan itu, Hentian Puduraya kini dilengkapi 296 kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan strategik serta dikawal selia oleh 48 petugas bagi menjaga keselamatan dan keselesaan pengunjung.

Sementara itu, tinjauan mendapati beberapa kedai runcit sudah mula beroperasi dan dipenuhi pengunjung seawal 6 pagi, namun kemudahan lif, tangga bergerak serta medan selera masih belum beroperasi.

Beberapa pengunjung Hentian Puduraya ketika ditemui berpuashati dengan kemudahan yang disediakan.

Seorang pekerja sebuah kedai menjual makanan ringan, Hamimamtun Hassan, 25, berkata lebih banyak kemudahan tempat menunggu disediakan dan dalam keadaan teratur.

Seorang pelajar universiti tempatan, S Vasudevan, 21, berkata proses membeli tiket kini lebih mudah apabila semua kaunter tiket diletakkan di satu aras yang sama dan lebih tersusun dengan paparan skrin maklumat disediakan mengenai platform dan masa bas bertolak.

Sumber:BERNAMA

No comments:

Post a Comment