Friday, March 19, 2010

Anwar oh anwar!!!

Ni adalah petikan dari paper... salah satu daripada siri keridiculousan nuar berahim ni...


Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dedah lagi cubaan Ketua Pembangkang rampas kuasa pada 16 September 2008

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru (Bebas), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, semalam mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa diumpan pembangkang bagi menjayakan rancangan 16 September 2008 Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara nama yang disebut ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat); Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang); Datuk Bung Moktar Radin (Kinabatangan); Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh (Kalabakan) dan Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar (Jerantut). Dua lagi ialah Datuk Chua Soon Bui (Tawau) dan Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) yang menjadi wakil rakyat Bebas selepas Parti Maju Sabah (SAPP) keluar BN pada 17 September 2008.

Nama itu didedahkan Zahrain dalam episod kedua pembongkarannya berhubung pembohongan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika menyambung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat.

“Saya ingat bagaimana pada masa itu kami Ahli Parlimen pakatan pembangkang diperkuda, diperalat dan dipermainkan. Kami dibohongi kononnya jumlah Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti lebih daripada mencukupi.

“Saya masih ingat antara nama yang disebut ialah seperti YB Kalabakan, Kimanis, Kinabatangan, Tawau, Sepanggar, Batu Pahat, Jerantut dan Gua Musang dan lain-lain. Seorang Timbalan Speaker dikatakan akan sama melompat ke PKR. "Saya ingat bagaimana pada masa itu kami Ahli Parlimen pakatan pembangkang diperkuda, diperalat dan dipermainkan. Kami dibohongi kononnya jumlah Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti lebih daripada cukup"

Zahrain Mohamed Hashim
Ahli Parlimen Bebas
“Begitulah sandiwara pembohongan 16 September yang menyebabkan akhirnya keraguan mengatasi keyakinan saya terhadap perjuangan PKR,” katanya.

Anwar tidak hadir pada sidang semalam. Kelmarin, Anwar keluar Dewan ketika Zahrain mendedahkan kepincangan PKR dan pembohongannya.

Seperti kelmarin, keadaan Dewan juga gamat apabila lebih 11 wakil rakyat BN dan pembangkang bangkit serta secara berterusan meminta penjelasan Zahrain.

N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) yang beberapa kali mencelah, mempersoalkan pendedahan Zahrain dan menggunakan perkataan 'kamu' apabila merujuk Ahli Parlimen Bayan Baru itu.

Berikutan itu, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) bangkit dan menjelaskan bahawa perkataan ‘kamu’ tidak harus digunakan dalam sidang Dewan Rakyat.

Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegur Gobalakrishnan dengan meminta beliau menggunakan perkataan ‘Yang Berhormat'.

Dr Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) mempersoalkan perkara dibangkitkan Zahrain kerana kenyataannya itu sudah diperkatakan pada sidang, kelmarin.

“Yang Dipertua, banyak masa dibuang... apa yang diperkatakan Yang Berhormat Bayan Baru itu ibarat cerita suami isteri yang sudah bercerai,” katanya.

Datuk Baharum Mohamed (BN-Sekijang) yang turut mengambil bahagian, berkata pembangkang tidak harus mempertikaikan perkara itu kerana Zahrain sedang membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

“Titah ucapan baginda, Isnin lalu, menyentuh mengenai fitnah, pembohongan dan putar belit fakta. Oleh demikian, apa yang beliau (Zahrain) berkata hari ini (semalam) adalah pendedahan pembohongan,” katanya.

Zahrain turut mendakwa Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dalam kenyataannya dua hari lalu, menyebut proses pembersihan selesai dan kini PKR bersih daripada daki dan najis.

“Memang Tuhan sudah melakukan pembersihan dalam PKR. Memang kami yang bersih dan suci sudah dikeluarkan daripada PKR, yang tinggal hanya mereka yang berdaki dan najis,” katanya.

No comments:

Post a Comment