Tuesday, February 1, 2011
Revolusi Jasmin!!!
Mohamad-Bouazizi
Mohamad-Bouazizi terbakar
Mohamad-Bouazizi nazak
Kisahnya bermula dengan seorang pemuda bernama Mohamad Bouazizi. Pemuda yang menjadi pencetus kebangkitan rakyat Tunisia.
Bagi kebanyakan warga Tunisia, berhijrah keluar negara khususnya ke seberang Laut Mediterranean, iaitu ke negara Eropah adalah satu kemestian jika inginkan kehidupan yang lebih baik. Di sana di samping peluang pekerjaannya yang banyak, ia jug dapat membebaskan diri mereka dari belenggu kezaliman rejim yang berkuasa di tanah air mereka.
Namun bagi Bouazizi, berhijrah keluar negara bukan impiannya. Beliau tidak ingin menyerah kalah begitu sahaja. Justeru, bagi membaiki kehidupan dirinya serta keluarga, tanpa rasa malu dan takut beliau telah menyorong gerainya di pinggir jalan bagi menjual apa sahaja barang, itulah sahaja yang mampu dilakukannya.
Niat suci Bouazizi untuk mendapat sesuap roti menghadapi jalan sukar. Rejim Ben Ali yang zalim telah merampas gerainya dengan alasan tidak mempunyai kebenaran berniaga.
Bukan sahaja gerainya dirampas, malah Bouazizi telah dimalukan di hadapan khalayak.
Beliau yang begitu kecewa dengan tindakan rejim korup itu telah nekad, membakar diri di hadapan pejabat pihak berkuasa tempatan di kota kelahirannya Sidi Bousaid.
Aksi nekad Bouazizi itu dilakukan setelah selesai solat Jumaat, 17 Desember 2010 itu telah membakar semangat rakyat Tunisia, lantas demonstrasi besar-besaran meletus di kota Sidi Bousaid.
Bara dalam sekam yang selama ini terpendam di hati warga Tunisia selama ini meledak membakar. Lautan manusia yang berdemostrasi merebak ke seluruh kota-kota besar Tunisia seperti ibu kota Tunis, Sfak, Cartagho, Qairawan dan lain-lain.
Seluruh lapisan masyarakat turun bermonstrasi. Bukan sahaja para penganggur…yang sememangnya sangat ramai…malah turut disertai para intelek, profesional, politikus, dan berbagai elemen masyarakat.
Negara menjadi lumpuh. Kekerasan dan keganasan tidak dapat lagi dibendung. Pejabat-pejabat kerajaan dan swasta serta gedung-gedung membeli belah telah dijarah dan ditawan. Tentera dan polis mula bertindak balas. Akibatnya puluhan nyawa melayang. Manakala ribuan yang lain telah tercedera.
Peristiwa kemarahan yang bermula dengan sebatang mancis yang membakar Bouazizi kini mula merebak dan membakar seluruh Tunisia sehinggakan rejim yang terkenal zalim dan korup pimpinan Presiden Ben Ali tiada lagi pilihan lain kecuali lari menyelamatkan diri dan keluarganya…pada mulanya ke Peranchis, namun setelah pemintaannya ditolak, pelarian politik tersebut menuju ke Arab Saudi…sungguh memalukan!
Akhirnya, kemenangan berpihak kepada RAKYAT Tunisia. Rejim korup lagi zalim tersungkur jatuh menyembah bumi, negara dalam keadaan darurat. Bagi mengisi kekosongan kuasa Perdana Menteri telah memangku jawatani Presiden. Namun tindakan tersebut mendapat kritikan para pakar perundangan dan bahkan bertentangan dengan perlembagaan negara itu sendiri.
Perdana Menteri Mohamad Gannouchi yang merupakan sekutu Presiden yang digulingkan, menyerahkan jawatan kepada Speaker Parlimen Tunisia Fuad Almabzieg pada 15 Januari 2011 sebagai pemangku Presiden. Seterusnya parti pembangkang telah dijemput bagi menyertai kerajaan sementara. Pilihanraya umum yang adil dan bebas juga dijanjikanknya dalam tempoh enam bulan.
Dalam catatan terakhirnya di facebook, Bouaziz, dengan nada yang sangat memilukan menulis,
“Musafir (pergi) wahai ibuku. Maafkan aku. Tiada gunanya. Semuanya hilang di jalan apa yang kumiliki (dirampas polis). Maafkan aku wahai ibu, jika aku tidak menuruti ucapanmu. Makilah zaman (waktu atau situasi). Jangan maki aku. Pergi tidak kembali lagi”.
Allah lebih menyayangi Bouazizi. Ahirnya beliau yang melecur teruk akibat terbakar pergi buat selama-lamanya. Besar sungguh pengorbanannya.
Tindakannya itu bagaikan lilin yang membakar diri…berkorban…buat menerangi insan-insan yang lain. Ia menjadi obor yang kemudiannya menerangi kegelapan bukan sahaja Tunisia bahkan seluruh rantau Arab.
Sebuah revolusi telah tercipta…tumbangnya rejim yang zalim. Semangat revolusi tersebut pastinya akan terus merebak…justeru amaran buat penguasa yang korup dan zalim lagi menindas.
Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan para syuhada dan solihin. Selamat jalan Pahlawan Revolusi Jasmin, Tunisia.
Kebimbangan Negara Arab Lain
Kebangkitan rakyat Tunisia yang dicetuskan oleh Bouazizi sehingga menggulingkan rejim Ben Ali telah menimbulkan kebimbangan yang bukan sedikit kepada jiran-jirannya dan seluruh rantau Arab.
Ini jelas digambarkan melalui ucapan Setiausaha Agung Liga Arab, Amir Moussa, yang mengingatkan para pemimpin negara Arab bahawa mereka juga berisiko menghadapi kebangkitan rakyat yang sama seperti yang berlaku di Tunisia.
Beliau mengatakan bahawa kemarahan rakyat di Timur Tengah sudah mencapai ke puncaknya.
“Hati dan jiwa Arab sudah hancur oleh kemiskinan, pengangguran dan resesi,”
Demikian katanya dalam ucaptamanya semasa membuka Konferensi Peringkat Tertinggi Liga Arab di Sharm El-Sheikh, Mesir, pada hari Rabu 19 Januari 2011.
Seterusnya beliau mengingatkan bahawa;
“Revolusi Tunisia tidak jauh dari kita,”
Dalam ucapannya yang dipetik oleh BBC, Amir Moussa menyeru kepada para peserta persidangan berkenaan, agar reformasi politik dan ekonomi berjalan seiring.
Perubahan politik di Tunisia yang berlaku ekoran kebangkitan rakyat sudah pastinya telah mencetuskan harapan kepada seluruh warga Arab untuk melihat hal yang sama berlaku di negara mereka.
Situasi sosio-politik dan ekonomi yang hampir sama seperti Tunisia di kebanyakan negara Arab pastinya akan mengobarkan semangat mereka untuk melakukan perkara yang serupa sepertimana yang telah dilakukan oleh saudara mereka di sana.
Paling utama, selepas Tunisia, antara negara lain yang mempunyai potensi ke arah kebangkitan rakyat ialah jirannya iaitu Algeria dan Mesir. Protes secara besar-besaran bukanlah perkara asing di sana. Namun kerajaan tidak menunjukkan minat untuk berubah…bahkan mereka dihalang dengan kekerasan.
Walaupun disekat dengan pelbagai cara, manakala pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan hak rakyat ditangkap, potensi untuk meletusnya protes baru dan seterusnya revolusi bagi menolak rejim lama pasti ada…kesan daripada semangat Bouazizi.
Tunisia
Tunisia adalah sebuah Negara Islam Afrika Utara yg menghadap bahagian tengah Laut Mediterranean dan bersempadan dengan Libya. 40% daripada bentuk muka buminya adalah Gurun Sahara. 99% daripada penduduknya adalah beragama Islam.
Revolusi Jasmin dan Kebangkitan Sinar Islam
Umumnya ramai yang tidak mengetahui bahawa di sebalik Revolusi Jasmin sebenarnya terdapat peranan gerakan-gerakan Islam.
Setelah Ben Ali melarikan diri, sinar Islam mula memancarkan sinarnya. Sekurang-kurangnya selama 50 tahun Islam ditekan dan penganutnya ditindas di bumi Tunisia.
Pada hari Jumaat 21 Januari yang lalu, buat pertama kalinya semenjak larangan mengerjakan solat Jumaat dikuatkuasanya oleh Rejim Ben Ali, warga muslim Tunisia telah dapat kembali mengerjakan solat Jumaat.
Dalam laporan akhbar Al Quds berkata, “inilah solat Jumaat pertama setelah 50 berlalu kerana kekejaman diktator itu yang melarang melakukannya”. Fenomena ini disambut dengan gembira oleh oleh seluruh muslimin.
Selain itu buat pertama kalinya juga suara azan telah berkumandang di telivisyen dan masjid-masjid di Tunisia. Langkah yang selama ini dilarang di Tunisia berdasarkan alasan bahawa ucapan azan mengakibatkan pencemaran bunyi di Tunisia.
Tunisia di bawah pimpinan Presiden Zine al-Abidine Ben Ali dan Presiden sebelumnya mendapat sokongan kuat dari kuasa-kuasa Barat.
Selain korup, zalim dan menyekat kebasan rakyat, mereka juga terkenal dengan tindakan bagi menyekat dan menekan gerakan Islam di negara mereka.
Kuasa-kuasa Barat ini seringkali menutup mata terhadap pelbagai pencabulan dan jenayah yang dilakukan oleh boneka mereka untuk menghalang perubahan berlaku, yang sudah pastinya akan menggugat kepentingan mereka di negara-negara terbabit.
Hal ini bukan sahaja berlaku di Tunisia, malah turut berlaku di Mesir dan Algeria. Gerakan-gerakan Islam seperti Ikhwan al-Muslimin, al-Nahdah dan FIS seringkali menjadi musuh politik utama bagi rejim-rejim yang menguasai negara-negara tersebut.
Gerakan-gerakan Islam ditekan sehingga mendorong pemimpinnya meninggalkan negara dan tinggal di negara-negara Eropah.
Walaupun perubahan telah berlaku di Tunisia, namun ianya masih kelihatan belum selesai. Kerajaan sementara yang baharu telah menunjukkan usaha memisahkan diri daripada rejim lama.
Perdana menteri Mohammed Ghannouchi dan Fouad Mebazaa, Speaker Parlimen dan Presiden sementara telah meninggalkan parti Ben Ali untuk memisahkan diri dan membina kredibiliti kerajaan perpaduan yang baharu ditubuhkan.
Di sebalik jaminan untuk melakukan perubahan, kebimbangan terhadap kebangkitan kumpulan-kumpulan Islam mula kelihatan. Kumpulan-kumpulan berhaluan kanan di negara itu mula memberi amaran supaya gerakan Islam tidak dibenarkan mengambil kesempatan daripada perkembangan itu.
Dalam laporan-laporan media Barat tentang Tunisia, penglibatan parti Islam al-Nahdah dalam politik selepas revolusi masih disertai dengan kebimbangan terhadap “politik Islam” di Tunisia, yang terdedah kepada persepsi dikaitkan dengan terorisme dan unsur negatif lain.
Penglibatan al-Nahdah dalam politik negara itu disebut sebagai mencetuskan kebimbangan terhadap pelaksanaan Islam yang didakwa menyekat kebebasan.
Paling membimbangkan adalah ura-ura kepulangan tokoh al-Nahdah iaitu Sheikh Rachid Ghannouchi (Rashid al-Ghannushi). Kehadirannya bakal menjadi tonggak terbentuknya pemerintahan Islam di Tunisia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment