Monday, March 21, 2011
Volvo pertingkat program CKD model baru terpilih!!!
MODEL Volvo S60 yang akan dilancarkan pada April.
Kenderaan SUV turut dipasang di kilang Shah Alam Ogos!!!
PASARAN automotif Malaysia kini semakin rancak susulan langkah beberapa pengeluar kereta terkemuka dunia memperluas, atau meningkatkan aktiviti perniagaan masing-masing di pasaran tempatan.
Terbaru, pengeluar kenderaan mewah berpangkalan di Gothenburg, Sweden, Volvo Car Corporation, dikatakan bakal meningkatkan lagi aktiviti program pemasangan tempatan (CKD) model terba-ru terpilihnya di Malaysia.
Sumber industri berkata, syarikat itu yang kini melaksanakan CKD bagi model S40, S80, kenderaan serba guna sukan (SUV) XC60, dan V50 di kilang pengeluaran anak syarikatnya, Swedish Motor Assemblies Sdn Bhd di Shah Alam, Selangor, akan melaksanakan program yang sama terhadap model sedan eksekutif S60 baru, pada Ogos atau September ini.
“Sebagai permulaan, firma automotif Sweden itu menerusi anak syarikat pengedarannya di Malaysia, Volvo Car Malaysia (VCM) akan melancarkan S60 yang diimport sepenuhnya (CBU) di pasaran tempatan pada 6 April ini, sebelum ia mula melaksanakan program CKD terha-dap model itu pada suku ketiga.
“Peningkatan program CKD terhadap model Volvo itu sejajar hasrat pengeluar kereta mewah Sweden itu menjadikan Malaysia sebagai hab pemasangan dan pengedaran kenderaan Volvo di ASEAN dengan mengambil kesempatan daripada dasar automotif di bawah Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA),” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.
Sumber itu berkata, dengan peningkatan program CKD Volvo di Malaysia, firma Sweden itu memiliki kelebihan tersendiri berbanding pesaingnya, kerana ia akan berupaya menawarkan kenderaan keluarannya pada harga yang lebih berdaya saing.
Jurucakap VCM mengesahkan perkembangan itu ketika dihubungi Berita Harian.
“VCM akan membawa masuk sekitar 100 unit CBU S60 untuk dipasarkan di pasaran tempatan pada April ini sebagai program pengenalan sebelum model itu dipasang di Shah Alam pada suku ketiga,” katanya sambil menambah model CBU S60 yang menggunakan enjin tiga liter versi turbo akan ditawarkan pada RM350,000 seunit, manakala versi dua liter turbo pula akan dijual pada RM290,000 seunit.
Model sedan S60 yang dilancarkan di Geneva Motor Show pada Mac tahun lalu itu, akan bersaing sengit dengan BMW 3 Series dan Audi A4.
Antara kelebihan kereta S60 mempunyai rangka binaan kukuh itu mampu mengurangkan impak apabila berlaku gulingan, selain turut mampu mengenal pasti sebarang kecenderungan kegelinciran pada tahap awal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment