Monday, July 9, 2012

12 Aurat Wanita Dalam Islam


12 Aurat Wanita Dalam Islam



1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat
 perempuan yang mencukur atau 
menipiskan bulu kening atau meminta supaya
 dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis
 Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng 
- Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan
 kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui 
perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari
 Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan
 kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan 
mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka 
yang mengikatnya dengan loceng….

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai 
wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum
 supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita
 itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap
 mata ada zinanya terutamanya hidung yang
 berserombong kapal kata orang sekarang hidong 
belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, 
Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan
 kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan
 dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang 
mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan
 giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, 
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
 supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan 
Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan)
 di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
 perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
 Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut 
Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang
 menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar 
telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian 
yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma!
 Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid
 tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan
 kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan 
dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk
 dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh
 kaum yang bukan sejenis yang tidak halal
 baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin
 hendaklah mereka menundukkan sebahagian
 dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan 
yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu
 hanya boleh pandangan yang pertama sahaja 
manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan
 hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat
 Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan 
itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan 
orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, 
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – 
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku
 yang minum arak yang mereka namakan dengan
 yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh
 bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,
 maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi –
 Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada
 perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka 
menundukkan pandangan mereka dan menjaga
 kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, 
puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya
 dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam 
Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – 
Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka 
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan
 dia telah membinasakan tabir antaranya dengan
 Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi,
 Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian 
yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata ,
 maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di 
hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, 
Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.


Pendapat empat mazhab tentang aurat wanita Islam
1. Mazhab Syafie’:
Pendapat pertama : Semua anggota badan 
(pendapat yang paling sahih)
Pendapat ke dua : Semua anggota badan
 kecuali muka dan tapak tangan (sekiranya tidak
 menimbulkan fitnah)
2. Mazhab Hanbali:
Pendapat pertama : Semua anggota tubuh kecuali
 muka dan dua tapak tangan. Jika mendedahkannya
 menimbulkan fitnah maka wajib juga ditutup.
Pendapat ke dua : Semua anggota.
3. Mazhab Hanafi:
Pendapat pertama : Semua anggota tubuh kecuali 
muka dan tapak tangan.
Bagaimanapun jika mendatangkan fitnah wajib ditutup.
Pendapat kedua : Semua anggota tubuh kecuali muka,
 dua tapak tangan dan tapak kaki hingga pergelangannya.
4. Mazhab Maliki:
Semua anggota tubuh kecuali muka dan dua tapak 
tangan. Jika mendedahkannya ditakuti boleh menimbulkan 
fitnah maka wajib juga ditutup.
Cuba anda bandingkan pendapat-pendapat mazhab yang
 telah disebutkan di atas. Kalau diperhatikan, tiada
 perselisihan pendapat yang ketara dari segi batasan 
aurat wanita. Dengan itu tiada ruang bagi wanita
 mukminat untuk mempertikaikan tentang masalah
 aurat kerana ia telah menjadi hukum dan peraturan
 syarak yang wajib dipatuhi oleh setiap wanita.

No comments:

Post a Comment