Thursday, April 14, 2011

SKANDAL 'PAPA DOLL' KIT SIANG & MUMMY 'DOLL' FOO ... BARU BETUL CHINA DOLL !!!


Agak gatal juga Lim Kit Siang ... seakan sama penyakit kegatalan yang melanda Anwar Ibrahim. Bedal Dulu ... Selamba Kemudian!

Mungkin ramai masih belum mengenali nama MUMMY FOO, nama yang kurang glamour dalam skandal seks politik tanah air ... tetapi tidak bagi para penghuni parti DAP! Sebut sahaja nama MUMMY FOO, berkemungkinan ramai ahli DAP lari bersembunyi dan batuk berdarah.

Walaupun ramai pemimpin DAP senyap dari memperakui skandal terlarang beliau dengan Lim Kit Siang, semakin ramai kalangan pemimpin DAP mahu mendedahkan hubungan sulit ini. Ramai yang semakin berang dengan tingkahlaku Lim Kit Siang yang semakin tidak terkawal ... hanya menunggu masa bom jangka akan meletup!

Mungkin juga skandal ini akan menjadi lebih hebat dari skandal Presiden MCA, Mr Chua Soi Lek! Siapa sebenarnya MUMMY FOO dihati Lim Kit Siang?

Foo Yueh Chuan a.k.a. MUMMY FOO merupakan Chief of Staff DAP dan bekas setiausaha kepada Lim Kit Siang. Berkelulusan Master of Economics dan juga merupakan seorang peguam. Lim Kit Siang melantik beliau sebagai koordinator PRU 12 bagi DAP ... selain dari menjadi koordinator di kamar tidur! Wow!

Pendek kata, MUMMY FOO adalah "Mistress" pada Lim Kit Siang. Bagaimana terhidu dan timbulnya skandal seks yang cuba disorokkan Lim Kit Siang sebaik mungkin?

Skandal 'The Real China Doll' ini terbongkar sewaktu didalam Sidang Parlimen bulan Mei 2010. Siapa yang tidak kenal dengan keceluparan mulut Lim Kit Siang. Sikap suka menjerit dan mencelah apabila tidak mendapat laluan ditempelak seorang ahli parlimen Bebas.

Kegeraman ahli parlimen Bebas sudah melampaui batas lalu terpacul keluar ayat maut 'Itu Ipoh Barat, saya tidak kasi laluan. Adakah awak nak cakap pasal siapa Mummy Foo!'. (kenyataan ini ada didalam Hansard Parlimen bulan Mei 2010).

Lim Kit Siang terus duduk dan terdiam satu hari. Putus nafsu Lim Kit Siang untuk bising dan melakukan onar di Parlimen. Hanya MUMMY FOO dapat mengembalikan nafsu Papa Doll Kit Siang!!!

Ini aku amek dari blog NI

No comments:

Post a Comment