Friday, July 27, 2012

NASA Menyembunyikan Misteri Di Sebalik Kota Mekah

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97) “Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”

 Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.

 Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi Firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7) Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota. Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33) Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter. Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi).

 Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit. Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi. Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”

 Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah) Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini. Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

 Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut. Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan.

 Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat. Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub . Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.



 Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita. Rasulullah SAW bersabda: “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj) “Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani) Wallahu’alam….

Thursday, July 26, 2012

New Mazda 6 2012





Wednesday, July 25, 2012

Tuesday, July 17, 2012

Saturday, July 14, 2012

Katra - One Wish Away

Friday, July 13, 2012

Thursday, July 12, 2012

Wednesday, July 11, 2012

Tun M dan cerita beliau mengenai Anwar and UMNO...





Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai UMNO tidak lama selepas saya jadi Perdana Menteri pada 1981..... Saya terkejut juga apabila dapat tahu beliau mahu menyertai UMNO memandangkan pembabitannya dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1) dan kenyataan-kenyataan awamnya jelas menjadikan beliau sekutu semula jadi PAS. Bagaimanapun saya fikir, tentulah lebih menguntungkan beliau jika menyertai UMNO kerana beliau tidak akan dapat mara dalam politik selagi berada di luar UMNO. Besar kemungkinan beliau akan selama-lamanya terumbang-ambing dalam politik pembangkang dan ini tentulah bukan apa yang dikehendakinya.Saya juga berpendapat beliau berguna kepada UMNO. Bagi saya,parti lebih penting dan sesiapa sahaja boleh menyumbang kepada parti, walaupun orang itu tidak sependapat dengan saya, saya tidak akan halang kemasukannya. Umum beranggapan UMNO yang mengambil langkah pertama membawa masuk Anwar, tetapi itu tidak benar. Bagi tempoh masa yang lama,UMNO telah menjadi parti yang besar dan berjaya. Ia tidak perlu bersusah-payah mencari ahli. Waktu itu,menyertai UMNO adalah satu keistimewaan. Dalam tempoh beberapa bulan,sebilangan orang telah datang memberitahu saya yang Anwar berminat untuk sertai UMNO. Jadi saya pun bersetuju menemui beliau. 


Pertemuan pertama kami berlangsung di pejabat saya. Itulah interaksi sebenar yang pertama antara kami tanpa kehadiran orang lain. Beliau nampak begitu berminat untuk menyertai UMNO,jadi beliau sedia bertolak-ansur dan tidak memperlihatkan tindak-tanduk yang boleh menyebabkan hasratnya ditolak. Apabila saya bertanya mengapa beliau mahu menjadi sebahagian daripada UMNO, beliau berkata yang beliau kini bersetuju dengan perjuangan UMNO. Beliau mengaku kepimpinan ABIM agak kritikal dengan keputusannya dan mereka juga hendak tahu mengapa beliau mahu sertai UMNO. Beliau memberitahu mereka yang beliau mahu mengubah UMNO supaya sependapat dengan ABIM dan mempengaruhi Kerajaan dari dalam. Menurut Anwar, agenda beliau adalah mahu mengubah Kerajaan menjadi Kerajaan Islam dan dengan itu, menyertai UMNO adalah cara paling berkesan untuk melakukannya. Pada masa itu pun beliau sudah menunjukkan kepintarannya. Beliau berjaya menyakinkan ABIM dan membuat peralihan tanpa memutuskan hubungan dengan pergerakan itu. Bahkan kemudiannya saya mendapati beliau boleh menyakinkan pihak yang bertelingkah dengannya bahawa beliau bersetuju dengan mereka semua. Rancangan beliau untuk mengubah UMNO dari dalam tidak membimbangkan saya sebab saya yakin saya boleh menangani beliau. Lagi pun saya berpendapat, kalau beliau sertai PAS tentu beliau boleh menang pilihan raya dan ini mungkin akan membantu menarik keluar ahli UMNO daripada parti. Dalam erti kata lain, besar kemungkinan beliau akan jadi duri dalam daging jika berada di luar UMNO. 


Ciri positif penyertaan beliau dalam UMNO boleh dilihat dari sudut seorang pemimpin muda yang memiliki ramai pengikut, maka sudah tentu beliau mempunyai banyak kenalan di kalangan pemimpin belia seluruh dunia. Bentuk Islam yang diperjuangkannya tidak mengasingkan beliau daripada pemimpin belia bukan Islam manakala pemimpin belia Islam dan aktivis Islam yang lain menganggap beliau seorang pemimpin besar Islam. Sebagai pemimpin ABIM, beliau mempunyai pengikut yang ramai dan ini boleh memberi kelebihan kepada UMNO. Di kalangan pergerakan Islam Malaysia, ABIM memang luar biasa. Ia cergas membantu belia Islam menimba ilmu, menyebarkan ajaran Islam dan membuat kerja-kerja kebajikan. Walaupun ABIM tidak rapat dengan UMNO atau kerajaan pimpinan UMNO, ia pula tidak menampakkan sifat melampau. Penyertaan Anwar dalam UMNO mungkin dapat melembutkan pendirian ABIM terhadap kerajaan atau setidak-tidaknya menumpulkannya sedikit. Dengan imej Islamnya,saya berharap Anwar akan memperkukuhkan kewibawaan UMNO sebagai parti yang memperjuangkan Islam. 


Setelah saya putuskan untuk menerima keahlian beliau dan mendapati tidak ada bantahan kuat daripada rakan-rakan, maka saya pun mengaturkan supaya beliau menandatangani borang keanggotaan di pejabat saya. Anwar secara rasmi menyertai UMNO pada 1982. Saya adakan satu sidang akhbar di pejabat saya bagi mengumumkan hal itu dengan dihadiri oleh Anwar sendiri. Tindakan saya menggunakan premis kerajaan untuk urusan parti dikecam oleh Tan Sri Tan Chee Khoon, bekas pemimpin Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (PEKEMAS) (2). Tan terkenal di seluruh negara sebagai Mr Opposition (Tuan Pembangkang). Saya membalas dengan mengatakan bahawa ia akan dilihat sebagai satu lakonan kalau saya keluar dari pejabat bagi urusan menandatangani surat penyertaan itu dan kemudian balik semula ke pejabat untuk menemui Anwar seperti yang lazim saya lakukan dengan semua tetamu, tidak kira orang politik atau bukan politik. Saya kenal bapa Anwar,Datuk Ibrahim Abdul Rahman,seorang penyokong kuat UMNO yang menjadi Ahli Parlimen bersama-sama saya di antara tahun 1964 dan 1969. Dengan itu saya berpendapat tentulah di dalam hatinya, Anwar juga orang UMNO. Malah beliau menjadi penyokong saya sewaktu saya berselisih faham dengan Tunku sekitar tahun 1969-1970. Anwar juga mempunyai ciri-ciri yang boleh menyumbang ke arah memperbaiki kedudukan UMNO di kalangan cendekiawan. Beliau banyak membaca dan boleh memetik kata-kata hikmat ramai ahli falsafah dan pemikir, daripada Sun Tzu kepada Malik Bennabi. 


 Pencapaian bahasa Melayu beliau cemerlang dan gemar menggunakan bahasa sastera dalam ucapan-ucapannya. Walaupun ramai yang terpaksa merujuk kamus kerana istilah-istilah yang digunakannya, gaya beliau berucap tetap mengagumkan mereka. Beliau juga boleh bergaul baik dengan ahli akademik di dalam dan luar negara. Saya benar-benar percaya beliau akan menjadi aset kepada parti, jadi saya cenderung untuk memberi sokongan saya kepada beliau. Sesetengah ahli UMNO bagaimanapun bimbang dan berasa terancam oleh Anwar. 


Ketika Tun Razak menjadi Perdana Menteri,golongan ini telah bekerja keras menentang kegiatan anti kerajaan Anwar. Kumpulan yang tidak sukakan Anwar itu dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan antara anggotanya ialah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, bekas Setiausaha Politik saya yang kemudiannya dilantik menjadi Menteri. Saya tidak fikir Aziz menerima hakikat kemasukan Anwar ke dalam UMNO. Bahkan kedua-dua Tun Abdullah dan Aziz berpendapat tindak-tanduk dan kata-kata Anwar hanyalah satu lakonan. Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmud, yang kemudiannya menjadi bapa mertua Anwar, juga adalah antara orang yang menentang keras terhadap beliau. Pada masa itu, Wan Ismail bekerja dengan sebuah unit perang saraf dan menjadi seorang penyokong kuat Kerajaan. Apabila saya mendapat tahu yang beliau membantah Anwar mengahwini anaknya, Dr Wan Azizah, saya memujuk beliau agar berlembut. Ini berlaku sebelum Anwar menyertai UMNO.


 Petanda tidak baik yang pertama mengenai Anwar muncul apabila saya membentuk Kabinet pada 1982 dan melantik beliau sebagai Timbalan Menteri. Beliau datang berjumpa saya bagi menyatakan kehampaan kerana tidak dilantik menjadi Menteri penuh. Saya tergamam. Saya kata: “Ada ramai lagi orang yang lebih kanan daripada awak. Bagaimana saya hendak melantik awak..?” Saya juga memberitahunya belum pernah sesiapa yang menjadi pengkritik kerajaan diangkat sebagai anggota penuh Kabinet dalam masa yang singkat. Lagipun, beliau baru sahaja menyertai UMNO. Anggota kanan Kabinet tentu tersinggung kalau beliau terlalu cepat dinaikkan pangkat menjadi Menteri penuh. Saya sudah pun memberi beliau jawatan yang tinggi dengan melantiknya menjadi Timbalan Menteri. Jadi, tindakan beliau merungut mengenainya adalah tidak wajar dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Pada masa itu saya tidak sedar betapa tingginya cita-cita beliau. Mungkin saya sepatutnya berhati-hati sejak saat itu lagi mengenai cita-cita beliau dan kemarahannya yang amat sangat apabila rancangannya dihampakan.


 Satu lagi bukti tentang cita-cita Anwar yang tinggi dapat dilihat pada pemilihan UMNO 1982 apabila beliau memutuskan untuk bertanding jawatan tertinggi Pemuda. Ketua Pemuda waktu itu, Datuk Suhaimi Kamaruddin suka memegang lama jawatan yang disandangnya dalam mana-mana pertubuhan yang diketuainya. Misalnya, sewaktu memimpin Gerakan Belia 4B Malaysia (4) beliau sentiasa mengubah peraturan supaya boleh terus memimpin. Saya menyokong usaha Anwar itu, tetapi Suhaimi menolak cadangan mengundurkan diri untuk Anwar. Akibatnya,hubungan saya dengan Suhaimi jadi agak tegang. Beliau tetap berkeras mahu menentang Anwar. Suhaimi kalah dan berasa amat marah. Pada 1987, beliau menyokong Tengku Razaleigh mencabar kepimpinan saya. Hal ini akan saya ceritakan kemudian. Mulai saat itu, cita-cita Anwar yang tidak kenal sempadan semakin jelas. Beliau mahu mara dalam hieraki UMNO secepat mungkin, seolah-olah itu sahajalah matlamat beliau menyertai UMNO. Saya segera menyedari hal ini, tetapi tidak mengambil sebarang langkah untuk menghalang kerana saya tahu beliau mempunyai sifat seorang pemimpin yang baik. Lagipun, elok juga kalau ada seorang yang boleh diharapkan dalam barisan kepimpinan untuk bersedia mengambil alih tempat saya. Bagaimanapun, menjadi Ketua Pemuda UMNO tidak memberi kepuasan yang lama kepada Anwar. Beliau mahu menjadi Naib Presiden yang dipilih pula. Sebagai Ketua Pemuda, beliau secara automatik adalah Naib Presiden sebagaimana ketua-ketua sayap UMNO yang lain kecuali Puteri UMNO kerana baru ditubuhkan. 


 Saya dapat tahu hasrat Anwar untuk bertanding jawatan Naib Presiden daripada Tan Sri Megat Junid Megat Ayub yang ketika itu adalah seorang Timbalan Menteri. Saya beritahu Megat bahawa Anwar sepatutnya berpuas hati dengan kedudukannya dan bagi peluang orang lain untuk naik. Bagaimanapun akhirnya, disebabkan Anwar begitu mendesak, saya biarkan juga beliau bertanding. Mengapa saya sokong beliau...? Mengapa saya tidak sekat beliau daripada bertanding...? Sebenarnya saya tidak menyokong beliau, tetapi saya juga tidak menghalang. Apakah ada cara bagi saya untuk berkata jangan bertanding..? Sesetengah orang mungkin menganggap bahawa kebenaran yang saya berikan kepada Anwar untuk bertanding menandakan saya menyokongnya. Tidak sama sekali..... Ia bukanlah sokongan cuma saya tidak ada sebarang alasan untuk menyekat hasrat beliau. Namun saya ada beritahu Megat bahawa pada pendapat saya, langkah Anwar itu tidak patut dan sikap tidak sabar beliau jelas kurang sopan. Bagaimanapun, tindakan beliau itu tidak melanggar parti. Ada tiga jawatan Naib Presiden yang dipilih di dalam UMNO. Ia adalah jawatan paling kanan selepas Presiden dan Timbalan Presiden. Mengikut resam,Presiden akan jadi Perdana Menteri dan Timbalan Presiden jadi Timbalan Perdana Menteri. Disebabkan kedudukan Naib Presiden hanya setapak ke jawatan Timbalan Perdana Menteri, maka pertandingan untuk kerusi itu amat sengit. Inilah peringkatnya penyandang cuba membuktikan kebolehan dan memperkukuhkan kedudukan sebagai bakal pengganti untuk jawatan Timbalan Presiden dan seterusnya Presiden. Saya tahu benar betapa sengitnya pertandingan jawatan itu, terutama kalau penyandang tidak bersedia mengundurkan diri untuk mewujudkan kekosongan. Ini kerana saya sendiri pernah bertanding merebut salah satu daripada tiga jawatan Naib Presiden di mana semua tiga penyandang turut bertanding, iaitu pada 1971/1972 dan saya tewas. Saya tidak pernah bercakap dengan Anwar mengenai hasrat beliau untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Tindakan saya yang tidak melarang atau menggalakkan Anwar daripada bertanding tidak ada kena-mengena dengan sikap saya terhadap beliau. Itu memang cara dan peribadi saya. Sebagai Presiden UMNO juga, saya jarang cuba mempengaruhi pemilihan parti. Jika saya melibatkan diri, ia adalah dengan matlamat umum dan buka peribadi. Saya memilih untuk tidak campur tangan dalam pertandingan untuk jawatan tertentu parti. Saya tidak suka menyokong seorang yang tewas dan kemudian terpaksa bekerja dengan yang menang. Namun saya sedar bahawa walaupun saya sendiri tidak peduli sangat hal-hal sebegitu, ramai ahli UMNO menganggap pendirian berkecuali saya sebagai tanda sokongan dan meletakkan nilai yang tinggi kepada etika dan petunjuk lampau tradisi Melayu. Apa pun, mereka masih melihat sikap gelojoh Anwar untuk naik sebagai tidak wajar sama sekali.


 Sebahagian sebab Anwar pantas membina asas kuasa dalam parti adalah kerana imej keagamaannya dan apabila beliau menjadi Menteri Pelajaran, beliau berbuat baik dengan guru-guru Melayu dan kesatuan mereka. Sebelum orang Melayu menonjol dalam sektor perniagaan sekitar 1990-an, guru adalah kumpulan yang mempunyai pengaruh kuat di dalam UMNO dan dianggap sebagai satu blok kuasa yang besar di dalam parti. Mereka juga mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Melayu akar umbi, pengundi di kampung dan Melayu bandar. Mereka memahami sentimen dan aspirasi orang Melayu. Apabila Anwar hendak mengambil hati dan mendapatkan sokongan, beliau sangat berbudi bahasa dan menawan. Beliau boleh memikat hati orang alim Arab dan berbaik-baik dengan pelampau Yahudi yang anti-Arab. Beliau tidak dilihat sebagai seorang ekstremis Islam. Bahkan selepas didapati bersalah kerana rasuah dan liwat pada 1999, pun masih ramai orang Islam yang terus mempercayai Anwar. Mereka juga percayakan cerita kejadian itu mengikut versi beliau.Dalam hubungan ini, jelaslah beliau seorang lelaki yang agak luar biasa. Anwar begitu menyakinkan dan tahu bagaimana memujuk orang ramai agar mempercayai beliau.


Bagi kebanyakan orang Islam, Anwar tampil sebagai seorang yang sangat warak. Sebelum menyertai UMNO, beliau sudah pun membentuk barisan pengikut yang besar di kalangan orang Islam antarabangsa. Saya teringat seorang anggota Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur memandang serong terhadap saya, tetapi mengubah pendiriannya terhadap kepemimpinan saya selepas Anwar menyertai Kerajaan. Anwar pandai berbaik-baik dengan orang dan tahu bagaimana memenangi sokongan mereka. Beliau banyak mengembara sewaktu menjadi pemimpin belia, menemui orang Afghanistan, Pakistan dan ramai pemimpin belia Islam dan bukan Islam yang terkemuka. Beliau memastikan dapat berjumpa dan berbincang dengan mereka. Beliau adalah segala-galanya kepada semua orang. Beliau juga berbaik-baik dengan orang seperti Paul Wolfowotiz yang ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika dan penyokong kuat pencerobohan Israel ke atas Palestin dan Iraq. Anwar juga mesra dengan media antarabangsa melalui paparan imej seorang liberal. Beliau tidak teragak-agak menunjukkan kepada mereka bahawa beliau menentang banyak amalan Kerajaan Malaysia yang beliau sendiri adalah salah seorang anggotanya. Beliau mengumpan mereka dengan janji bahawa keadaan akan berubah sebaik sahaja beliau mengambil alih. Ramai orang datang memberitahu saya yang beliau sedang berusaha membina populariti peribadi, khususnya di kalangan pemimpin dan ahli UMNO. Beliau kerap melawat bahagian dan cawangan parti, yang pada pandangan saya adalah perkara biasa. Semua ahli politik cuba mendampingi orang ramai dengan tujuan menjadi popular. Jadi apabila Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, saya anggap hubungan baik beliau dengan pemimpin bahagian adalah sesuatu yang berguna. Suatu hari nanti, beliau akan mengambil alih kepemimpinan. Apabila ini berlaku, beliau memerlukan orang yang begitu kenali dalam parti untuk membantunya memimpin UMNO dan negara secara lebih berkesan. 


 Untuk beberapa tahun lamanya, kami mempunyai hubungan peribadi yang baik. saya menunggang kuda dan beliau pun belajar menunggang kuda, tetapi Anwar terbukti seorang penunggang yang tidak sabar. Sebelum beliau belajar menunggang dengan betul, beliau sudah mula menderap menyebabkannya terjatuh dan hampir patah tengkuk. Beliau terpaksa dimasukkan ke hospital. Kemudian (semasa dibicara atas tuduhan) beliau mendakwa polis mencederakan tengkuknya. 


 Sebelum beliau jadi Timbalan Perdana Menteri, saya kerap bawa beliau bersama-sama saya dalam lawatan rasmi ke luar negara. Di dalam kapal terbang, kami akan berbual dan berbincang mengenai politik dan agama, dua tajuk yang kami berdua minati. Beliau begitu berpengetahuan dan nampak komited dalam hal-hal agama – mengambil wuduk dan bersolat walaupun di dalam pesawat. Beliau memikat saya sebagai seorang yang mengagumkan dan warak. Beliau adalah salah seorang penyokong kuat saya dan sering mengucapkan kata-kata yang betul. Tidak syak lagi ada aura istimewa – satu karisma – mengenai beliau dan saya juga mungkin terpengaruh. Salah satu amalan dalam UMNO adalah bagi Perdana Menteri mengunjungi rumah Timbalannya pada petang hari pertama Aidilfitri selepas semua pelawat meninggalkan kediamannya. Kunjung-mengunjungi di kalangan orang Islam bertujuan menghapuskan segala salah faham dan memperbaharui muhibah dan persaudaraan untuk tahun akan datang. Ini adalah amalan orang Islam di mana sahaja dan amat dihargai oleh orang Melayu dan orang Islam Malaysia.


 Hubungan di antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, sebagaimana yang saya sendiri alami dengan Tun Hussein, adalah sangat kompleks. Jadi amat penting, kepercayaan antara dua pemimpin tertinggi parti dan kerajaan ini diulang tegas. Bagaimanapun, di antara Anwar dan saya tidak wujud keperluan khusus untuk membina muhibah atau mengubati luka kerana keluarga kami sangat rapat antara satu sama lain. Isteri beliau, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyediakan masakan utara yang saya suka dan beliau dengan Hasmah sangat akrab. Saya menyenangi Wan Azizah yang mempunyai tarikan tersendiri. Walaupun selepas kami berpecah haluan, saya tidak dapat menganggap beliau sebagai musuh politik atau seseorang yang bergaduh dengan saya. Saya faham keputusan beliau untuk menyokong suaminya. Anwar juga seorang yang gemar menerima tetamu. Pada bulan puasa, beliau akan menghabiskan banyak hari untuk berbuka dengan ramai orang di rumahnya. Di majlis itu, saya dapati beliau juga menjemput Menteri Besar dari semua negeri. Saya sendiri tidak pernah melakukannya kerana memikirkan tentulah sukar bagi orang di luar Kuala Lumpur hendak datang hanya kerana jamuan malam yang pendek. Kerajaan yang bayar belanja perjalanan mereka. Namun Anwar tentu merasakan ia adalah satu amalan hubungan awam yang baik dan menguntungkan dari segi politik. 


 Selepas dapat jawatan Naib Presiden, Anwar masih resah. Matlamat beliau seterusnya ialah jawatan Timbalan Presiden. Beliau tahu Timbalan Presiden akan jadi Timbalan Perdana Menteri. Pada masa lalu, Timbalan Presiden jarang dicabar. Cabaran hanya berlaku dalam keadaan luar biasa seperti pada 1987 apabila saya sebagai Perdana Menteri dan Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri, telah ditentang. Saya dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah manakala Tun Musa Hitam mencabar Tun Ghafar. Jadi dengan mencabar Tun Ghafar, Anwar bukan sahaja melanggar tradisi parti, tetapi juga mempamerkan ketidaksabaran beliau untuk sampai ke puncak....! 


Apabila beliau datang menemui saya untuk menyatakan hasratnya itu, saya tegaskan kepadanya bahawa tidak sesuai mencabar Tun Ghafar kerana Tun Ghafar adalah calon saya untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri. Saya minta beliau agar tidak bertanding....! Buat seketika beliau nampaknya mendengar nasihat saya dan tidak berkempen. Bagaimanapun apabila saya mengkritik sesetengah pemimpin UMNO Terengganu kerana kekal terlalu lama dalam jawatan dan tidak memberi peluang kepada golongan muda, beliau menakrifkan hujah saya itu sebagai bermaksud bahawa saya mahu pemimpin yang lebih tua seperti Tun Ghafar berundur..... Anwar anggap cabaran beliau terhadap Tun Ghafar adalah sejajar dengan pandangan saya. Jadi tanpa meminta kebenaran saya, beliau memulakan kempennya. 


Saya tidak tahu macam mana Anwar melakukannya, tetapi lebih daripada dua pertiga bahagian mencalonkan beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Malah bahagian-bahagian yang memang diketahui penyokong kuat Tun Ghafar pun tidak mencalonkan Tun Ghafar dan jelaslah beliau akan kalah. Melihat keadaan yang tidak memberi harapan kepada beliau maka Tun Ghafar memilih untuk mengundurkan diri dan Anwar menang tanpa dicabar. Saya tidak mahu menggugurkan Tun Ghafar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, tetapi apakah alasan saya kalau tidak melantik Timbalan Presiden baru UMNO ke jawatan itu...? 


 Saya sentiasa menimbang dan mengikut kehendak UMNO. Misalnya, pada 1993 apabila parti memilih Tun Abdullah sebagai salah seorang Naib Presiden, saya bawa beliau balik semula ke dalam Kabinet walaupun beliau menyokong Tengku Razaleigh menentang saya pada pemilihan 1987. Kemudian saya diberitahu yang Anwar sedang giat mencari sokongan untuk dirinya di kalangan bahagian UMNO dan pada masa yang sama menggesa mereka mengkritik saya. Itu pun saya tidak peduli. Saya beritahu diri sendiri, tidak mengapalah Anwar buat begitu sebab beliau pun akan menjadi Perdana Menteri menggantikan saya. 


Saya mahu mengekalkan hubungan kerja yang baik dengan beliau, jadi saya bersedia mengetepikan sikap tidak sabar beliau berhubung persaraan saya. Adalah sukar untuk menyalahkan ahli politik kerana bercita-cita besar, bekerja kuat dan berpandangan jauh. Mungkin masyarakat Melayu sekarang memerlukan pemimpin seperti beliau dan lagi ramai lagi baik. Kita sudah jauh meninggalkan zaman ramah mesra Tunku yang amat membimbangkan saya sekitar lewat 1960-an. Mungkin itu ada baiknya, dan pendekatan agresif Anwar adalah manifestasi politik baru orang Melayu. Seperti yang telah saya katakan bahawa apabila Anwar menyertai UMNO, ramai ahli kanan parti tidak sukakan beliau kerana beliau menjadi ancaman kepada cita-cita mereka. Hubungan Anwar dan Tun Abdullah tidak pernah baik kerana sewaktu Tun Abdullah menjadi kakitangan awam, beliau telah ditugaskan oleh Tun Razak untuk menentang kepemimpinan Anwar dalam gerakan pelajar dan belia Islam. 


 Dengan peningkatannya yang pantas dalam UMNO, Anwar sudah tentulah menjadi ancaman kepada kepemimpinan Tun Abdullah di dalam UMNO Pulau Pinang. Kebimbangan Tun Abdullah itu menjadi kenyataan apabila Anwar menjadi Timbalan Persiden dan menggantikan Tun Ghafar sebagai Timbalan Perdana Menteri. Anwar segera mengambil alih jawatan Tun Abdullah sebagai Ketua Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional Pulau Pinang. Masa berlalu dan saya dapati kecaman Anwar terhadap Kerajaan, terutama berkaitan dakwaan kronisme menjadi semakin terbuka. Beliau bercakap mengenai apa yang disifatkannya sebagai penyalahgunaan amanah rakyat dan dengan menyusun kata-kata sebegitu rupa, beliau memberi gambaran saya terbabit. Secara prinsipnya beliau mengutuk kronisme dan ini sangat saya alu-alukan, tetapi kata-kata beliau itu ibarat gergaji bermata dua. Retorik beliau adalah mainan moral – beliau adalah baik dan sesiapa sahaja yang ditendangnya adalah jahat. Apabila beliau bercakap lantang menentang kronisme di peringkat atas, kepada siapakah beliau tujukan kata-kata itu kalau bukan kepada saya..? Di atas adalah saya dan beliau, tidak ada orang lain lagi. Lagipun dengan mengutuk kronisme, beliau cuba memberi gambaran yang beliau sendiri tidak terlibat. Ia adalah strategi yang baik bagi mengalih pandangan daripada kronisme beliau sendiri.


 Ahli kanan UMNO memberi amaran kepada saya bahawa Anwar sedang merancang sesuatu yang tidak baik dan beliau tidak setia kepada parti. Selepas menyingkirkan Tun Ghafar, kata mereka, sasaran Anwar yang berikutnya adalah saya. Namun saya tidak bimbang..... Saya tidak fikir beliau akan berjaya dan saya amat yakin dengan kedudukan saya. Walaupun keadaan sudah menjadi tidak ‘selesa’ lagi, saya fikir saya boleh menanganinya. Saya tidak percaya beliau boleh mendapat cukup sokongan kalau menentang saya. Sekalipun saya masih anggap Anwar sebagai seorang pemimpin yang berkesan, saya rasa hasrat beliau untuk menyingkirkan saya terlalu tergesa-gesa. Bagaimanapun, dengan keyakinan teguh terhadap diri sendiri dan jalan yang saya pilih telah membolehkan saya menerima sebarang perbezaan pendapat dengan orang yang berfikir dan bertindak berlainan daripada saya. 


Mungkin saya terlalu yakin, tetapi bagi saya adalah penting semua pihak yang bertelagah diberikan ruang di dalam parti. Kalau kita menyingkirkan seorang pemimpin, seorang yang lain pasti akan mengorak langkah untuk mengambil tempatnya. Tidak ada jaminan orang yang menggantikan itu tidak bercita-cita besar atau menimbulkan masalah. Kita masih terpaksa berdepan dengannya. Saya tahu mesti ada yang akan menyokong Anwar jika beliau mencabar saya, dan pergeseran ini akan melemahkan UMNO. Namun, saya bersedia menangani semua ini. Beberapa orang yang rapat dengan saya – orang yang tidak ada kedudukan atau kepentingan dalam politik – juga memberitahu saya tentang apa yang mereka lihat dan dengar mengenai Anwar. Mereka tidak disuruh oleh sesiapa untuk memaklumkannya kepada saya, jadi tidak ada sebab untuk saya mempersoalkan motif mereka. Ketika itu, bermacam-macam cerita sudah disebarkan dan digalakkan penyebarannya. Sesetengah khabar angin mengenai tuduhan rasuah dan kronisme terhadap saya mula sampai kepada akhbar. Kesudahannya, bagi menghentikan semua tuduhan itu, saya terpaksa siarkan nama semua orang yang mendapat kontrak kerajaan sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan. Senarai itu menunjukkan ramai daripada mereka yang mendapat kontrak secara rundingan adalah kawan-kawan dan anggota keluarga beliau. Terdapat juga seorang dua anggota keluarga saya dan orang yang ada kaitan dengan saya, tetapi kontrak mereka terlalu kecil. 


 Memekik “pencuri” adalah helah terbaik untuk mengalih perhatian orang daripada kita dan itulah strategi yang diguna oleh Anwar. Saya khuatir strategi itu masih digunakannya. Saya perhatikan Anwar mempamerkan watak yang mengagumkan di khalayak ramai. Beliau juga berjaya meninggalkan kesan kepada wartawan Amerika dan Barat dengan idea-idea beliau yang pada zahirnya nampak liberal. Beliau mengatur lawatan senator dan ahli kongres Amerika ke Malaysia setiap tahun dengan dibiayai oleh tabung yang ditubuhkannya. Senator dan ahli kongres itu percaya Anwar adalah seorang ahli politik yang liberal dan demokratik. Mereka sukakan Anwar. Pada masa yang sama, beliau mengekalkan hubungan dengan ramai aktivis Islam di dunia Islam. Semua landasan yang beliau bina ini terbukti berguna kemudiannya. Perhubungan yang dijalin dan imejnya yang menyerlah telah meletakkan beliau di atas landasan yang kukuh apabila beliau dihadapkan ke mahkamah dan dihukum atas tuduhan jenayah. Mereka percaya dengan cerita beliau yang ianya telah diperangkap bagi menghalangnya menjadi Perdana Menteri. 


Tidak syak lagi orang Amerika anggap beliau akan menjadi Perdana Menteri yang lebih baik daripada saya. Itulah yang diuar-uarkan oleh sebilangan akhbar dan majalah perdagangan utama mereka. Saya kononnya kasar dan tidak pernah disukai oleh orang Amerika. Itu pun saya masih cuba memenuhi kehendak Anwar dengan menemui senator dan ahli kongres yang dijemputnya ke Malaysia dan menyertai seminar yang beliau anjurkan. Mengapa pula saya mesti menolaknya...? Saya tidak mempertikaikan matlamat beliau mengundang mereka ke Malaysia setiap tahun atas andaian membolehkan mereka mengenali Malaysia dengan lebih baik. Apabila tindakan diambil terhadap beliau kerana melanggar undang-undang jenayah kita, semua orang ini mengutuk saya dan menuntut pembebasan beliau. Memandangkan Anwar popular di pentas antarabangsa maka penangkapan dan perbicaraannya atas dua tuduhan jenayah menjadi masalah yang terpaksa kerajaan tangani. Sekali lagi masalah timbul apabila Anwar mendakwa beliaulah yang berjaya menangani krisis mata wang 1997/1998. Di dalam negara, sesetengah pemimpin UMNO yang beliau tidak suka atau yang rapat dengan saya, mengadu bahawa sebagai Timbalan Perdana Menteri, Anwar buat hidup mereka susah. Seorang Ketua Menteri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan seorang pelajar perempuan. Beliau mendakwa, Timbalan Perdana Menteri mengarahkan kes itu diberikan publisiti yang luas dan akhirnya, Ketua Menteri itu hilang jawatan.


 Pada 1993, Ketua Polis Negara ketika itu, Tun Mohamad Hanif Omar datang menemui saya dengan bukti salah laku seksual Anwar. Tuduhan itu terlalu serius sehingga saya fikir, mustahil ia benar dan mungkin itu adalah sebahagian daripada rancangan tak masuk akal untuk menjatuhkan beliau. Saya tidak mencadangkan agar tindakan diambil, tetapi mengikut amalan polis, mereka akan tetap meneruskan pengawasan. Selepas itu, tidak ada lagi laporan dibuat kepada saya sehinggalah pada 1998 apabila terdapat bukti yang sangat kuat sehingga memaksa saya bertindak. Saya akan bincangkan perkara ini di dalam bab yang lain. Sementara itu, percubaan Anwar untuk memaksa saya berundur semakin ketara. Walaupun saya tidak begitu bimbang, hubungan kami terus tegang dan saya mula ragu-ragu sama ada beliau boleh menjadi pemimpin yang baik dan seterusnya menggantikan saya. Saya tetap meneruskan tugas seolah-olah tidak ada apa yang berlaku, sama seperti keadaan menjadi sukar dengan Tun Musa. Itulah cara saya berurusan dengan orang – saya tidak menuduh mereka apa-apa. Saya teruskan kerja.


 Sewaktu Tun Musa menentang saya, saya fikir beliau merosakkan dirinya sendiri kerana beliau menjadi tidak popular dengan parti. Saya sedia menerima beliau semula dan saya tidak membantah apabila penyokongnya mahu beliau kembali sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden parti. Itu terbukti satu strategi yang betul. Kini dengan Anwar, saya mengambil pandangan dan pendekatan yang serupa. Anwar kekal dengan sifat mengambil hati dan bertindak seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Sementara itu, saya dengar ada beberapa orang anggota Kabinet yang pergi merata-rata tempat bercakap buruk mengenai saya. 


Namun apa pun yang beliau dan sekutunya lakukan serta taktik kotor yang digunakan, Anwar kekal dengan reputasinya sebagai orang warak dan terhormat. Saya simpan di dalam hati sebarang keraguan mengenai beliau. Saya yakin jika beliau melancarkan cabaran terbuka terhadap kedudukan saya sebagai Presiden UMNO, saya boleh menewaskannya. 


 Rancangan saya meletak jawatan selepas Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 bagaimanapun terbantut akibat serangan terhadap ringgit Malaysia oleh peniaga mata wang antarabangsa pada 1997-1998. Apa pun rancangan peribadi saya, ternyata saya tidak boleh berundur dalam keadaan sebegini. Saya tidak boleh bersara sewaktu negara menghadapi krisis besar. Saya berpendapat bahawa menjadi tugas saya memperbetulkan keadaan. Ini menjadi lebih mendesak kerana Anwar, sebagai bakal pengganti saya, nampaknya tidak berupaya menangani krisis itu. Beliau telah bertindak mengikut formula IMF dan keadaan menjadi bertambah buruk. Kecuali tindakan pembetulan dibuat, negara yang bakal diwarisi oleh pengganti saya akan menderita kemelesetan ekonomi yang teruk. 


 Rujukan nama: 
 1.Angkatan Belia Islam diasaskan pada tahun 1972 dan telah menyokong kebangkitan semula Islam dan penubuhan sebuah negara Islam di Malaysia. 
 2.Tan adalah pengasas Gerakan, tetapi telah menubuhkan Parti Keadilan Masyarakat Malaysia, iaitu sebuah parti pelbagai kaum pada 1972 setelah Gerakan menyertai Kerajaan Barisan Nasional. Walau bagaimanapun, dalam Pilihan Raya Umum 1974, hanya beliau sahaja ahli parti yang telah memenangi kerusi Persekutuan. Parti tersebut dibubarkan apabila beliau bersara pada 1977 dan kebanyakan ahlinya menyertai DAP.
 3.Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menjadi Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar pada 2006 sebelum hilang kerusi Persekutuannya kepada Khalid Abdul Samad dari PAS dalam Pilihan Raya Umum 2008. 
 4.Gerakan Belia 4B Malayisa yang ditubuhkan pada 1966 sebagai sebuah pergerakan remaja kebangsaan telah bertindak sebagai medan ujian bagi pemimpin muda UMNO.
 5.Seorang ahli politik Amerika Syarikat yang telah berkhidmat dalam pentadbiran Ronald Reagan dan George W. Bush, Wolfowitz juga adalah duta Amerika Syarikat ke Indonesia sebelum berkhidmat sebagai Presiden Bank Dunia sehingga Jun 2007, apabila beliau dipaksa meletakkan jawatan atas dakwaan membabitkan kenaikan pangkat yang tidak wajar seorang pekerja bank bernama Shaha Reza, yang merupakan teman wanitanya


 Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad


 Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad

How Dare you - Geum Bohwa Sent From Heaven(I Need a Fairy) sitcom

Tuesday, July 10, 2012

Like P.O.I [MV]

A Man Marries His Dead Girlfriend







A Thai man married his girlfriend who died after a car 
crash left her severely injured just days
 before she was due to walk down the aisle.


Chadil Deffy, 28, married the corpse of 29-year old Sarinya Kamsook 
earlier this year in front of friends and family.

The creepy but yet oddly romantic wedding of the year so far,
 was even aired on Thai national TV.




Monday, July 9, 2012

12 Aurat Wanita Dalam Islam


12 Aurat Wanita Dalam Islam



1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat
 perempuan yang mencukur atau 
menipiskan bulu kening atau meminta supaya
 dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis
 Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng 
- Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan
 kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui 
perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari
 Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan
 kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan 
mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka 
yang mengikatnya dengan loceng….

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai 
wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum
 supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita
 itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap
 mata ada zinanya terutamanya hidung yang
 berserombong kapal kata orang sekarang hidong 
belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, 
Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan
 kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan
 dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang 
mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan
 giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, 
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
 supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan 
Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan)
 di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
 perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
 Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut 
Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang
 menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar 
telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian 
yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma!
 Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid
 tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan
 kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan 
dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk
 dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh
 kaum yang bukan sejenis yang tidak halal
 baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin
 hendaklah mereka menundukkan sebahagian
 dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan 
yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu
 hanya boleh pandangan yang pertama sahaja 
manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan
 hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat
 Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan 
itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan 
orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, 
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – 
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku
 yang minum arak yang mereka namakan dengan
 yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh
 bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,
 maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi –
 Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada
 perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka 
menundukkan pandangan mereka dan menjaga
 kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, 
puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya
 dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam 
Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – 
Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka 
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan
 dia telah membinasakan tabir antaranya dengan
 Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi,
 Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian 
yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata ,
 maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di 
hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, 
Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.


Pendapat empat mazhab tentang aurat wanita Islam
1. Mazhab Syafie’:
Pendapat pertama : Semua anggota badan 
(pendapat yang paling sahih)
Pendapat ke dua : Semua anggota badan
 kecuali muka dan tapak tangan (sekiranya tidak
 menimbulkan fitnah)
2. Mazhab Hanbali:
Pendapat pertama : Semua anggota tubuh kecuali
 muka dan dua tapak tangan. Jika mendedahkannya
 menimbulkan fitnah maka wajib juga ditutup.
Pendapat ke dua : Semua anggota.
3. Mazhab Hanafi:
Pendapat pertama : Semua anggota tubuh kecuali 
muka dan tapak tangan.
Bagaimanapun jika mendatangkan fitnah wajib ditutup.
Pendapat kedua : Semua anggota tubuh kecuali muka,
 dua tapak tangan dan tapak kaki hingga pergelangannya.
4. Mazhab Maliki:
Semua anggota tubuh kecuali muka dan dua tapak 
tangan. Jika mendedahkannya ditakuti boleh menimbulkan 
fitnah maka wajib juga ditutup.
Cuba anda bandingkan pendapat-pendapat mazhab yang
 telah disebutkan di atas. Kalau diperhatikan, tiada
 perselisihan pendapat yang ketara dari segi batasan 
aurat wanita. Dengan itu tiada ruang bagi wanita
 mukminat untuk mempertikaikan tentang masalah
 aurat kerana ia telah menjadi hukum dan peraturan
 syarak yang wajib dipatuhi oleh setiap wanita.

Tuesday, July 3, 2012

GAMBAR YANG MENGGEMPARKAN SELURUH DUNIA!!....SEORANG WANITA YAHUDI PERTAHANKAN NYAWA SEORANG BUDAK BANGSA PALESTINE DARI DIBELASAH OLEH ASKAR ISRAEL YAHUDI ZIONIS LAKNATULLAH!!!!



Seorang wanita Yahudi Israel telah bertindak 
diluar pemikiran akal logik manusia masa kini,
 mempertaruhkan maruah dan nyawanya sanggup 
pertahankan nyawa seorang budak warga
 Palestine dari terus dibelasah oleh seorang 
soldadu Yahudi Zionis Israel.

Tindakan luar biasa wanita ini amat

 mengejutkan sekali.

Mujurlah ada wanita tersebut... kalau tidak

 tidaklah dapat dibayangkan nasib yang
 menimpa budak warga Palestine itu.

Membawa mesej jelas. Tindakan zalim 

pihak tentera Israel keatas warga Palestine 
sudah tidak boleh diterima lagi sehinggakan
  warganya sendiri seorang wanita sanggup
 bertindak diluar penerimaan pemikiran manusia
 secara normal.

Lihatlah sendiri betapa beraninya wanita tersebut.